LARUT: Kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun, tidak akan akan menggegarkan Perikatan Nasional (PN) di Perak.
Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Anwar sudah lama berhasrat 'menggegarkan' negara tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku sehingga kini.
"Siapa kata Anwar akan menggegarkan PN di Perak? Anwar sudah lama mengaku dia nak gegarkan negara tapi tak gegar-gegar juga," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Program Perhimpunan PN di Dewan Terbuka Taman Seri Permai, di sini, hari ini. Hadir sama, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.
Hamzah berkata, PN yakin mampu memenangi lebih banyak kerusi di negara ini khususnya di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Melihat kepada gelombang rakyat yang mahukan pemimpin yang lebih bersih serta berintegriti dan mampu menjaga kebajikan rakyat serta memulihkan ekonomi negara, sudah tentu Perikatan Nasional menjadi pilihan utama mereka.
"Kita amat yakin dapat memenangi lebih banyak kerusi di negeri ini khususnya kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sebelah utara.
"Malah, kita yakin untuk menang 4-0 di Larut pada PRU15 nanti," katanya yang juga penyandang kerusi Parlimen Larut.
Sumber I BH Online
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment