Anggota penyelamat memindahkan penduduk dari kawasan dilanda banjir susulan hujan lebat akibat Ribut Tropika Nalgae di Parang, wilayah Maguindanao. - Foto AFP |
MANILA: Filipina merekodkan 72 kematian akibat Ribut Tropika Nalgae yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah selatan, kata agensi bencana negara itu hari ini.
Wilayah Maguindanao adalah yang paling terjejas dengan 67 orang terkorban, manakala dua terbunuh di Sultan Kudarat, dua lagi di Cotabato Selatan dan selebihnya membabitkan mangsa di seluruh wilayah Visayas di tengah Filipina, kata jurucakap agensi Bernardo Rafaelito Alejandro kepada stesen radio DZMM.
Negara itu turut merekodkan 33 mangsa cedera dengan 14 orang hilang, katanya.
Ribut tropika yang mempunyai angin berkelajuan maksimum 95 kilometer sejam dan tiupan sehingga 160 kph (99.4 mph), mendarat di wilayah Catanduanes timur awal hari ini.
Ia akan membawa hujan lebat dan kadang kala lebat ke atas wilayah ibu kota dan wilayah berdekatan hari ini ketika ia melintasi pulau utama Luzon dan menuju ke Laut China Selatan, kata agensi cuaca negara itu dalam buletin terbaharunya.
Semalam pasukan mencari dan menyelamat mengeluarkan mayat dari dalam air dan lumpur tebal selepas Nalgae mencetuskan banjir dan tanah runtuh.
"Kami kini sedang mengumpulkan semua pasukan penyelamat dan akan memberikan taklimat sebelum mereka ditempatkan," kata Nasrullah Imam, pegawai agensi bencana di wilayah Maguindanao.
"Ia tidak lagi hujan jadi ini akan membantu pencarian dan operasi kami."
Purata 20 ribut tropika melanda Filipina setiap tahun. - REUTERS
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment