NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anak perantau kaum India pertahan kerajaan PAS


KUALA LUMPUR:
Persatuan Keturunan India Kelantan Se-Malaysia (SOKMO) menyarankan anak-anak perantau keturunan India balik menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Presidennya N Dorairaj berkata, mereka perlu balik mengundi bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.

“Undi anak-anak perantau termasuk kaum India penting demi masa depan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya pada program anjuran Unit Hubungan Seranta, Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) di sini semalam.

Program itu diadakan dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN). Ia dirasmikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan pimpinan PERAKAN.

N Dorairaj juga berkata, kerajaan negeri diterajui PAS sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat pelbagai kaum termasuk kaum India.

“Masyarakat India sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri di Kelantan dan mereka yang tinggal di perantauan di seluruh negara.

“Saya dan majoriti anak kaum India berasal dari Kelantan menyokong penuh PAS pada PRU15 ini” katanya.

Beliau turut merakam ucapan tahniah kepada Kerajaan Kelantan yang merayakan sambutan ulangtahun ke-32 dasar Membangun Bersama Islam diadakan bermula esok. – HARAKAHDAILY 18/10/2022



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo