NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amirudin beritahu saya PKR hantar dia ke Gombak untuk ‘disembelih’ kata Azmin


Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menghubungi Mohamed Azmin Ali untuk menyatakan kebimbangan berhubung keputusan parti itu meletakkan beliau di Gombak pada pilihan raya umum yang akan diadakan, kata pemimpin Bersatu dalam ucapannya baru-baru ini.

Azmin, yang merupakan ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal berkata Amirudin menghubungi beliau bulan lalu untuk memaklumkan agenda sebenar di sebalik keputusan tersebut.

“Dia kata, 'Aku disuruh bertanding di Gombak. Aku tau Min, ini dia nak sembelih aku di Gombak'," kata Azmin dalam sebuah acara Perikatan Nasional (PN) yang dianjurkan PAS di Taman Melewar, Gombak, merujuk perbualannya dengan Amirudin.

MalaysiaNow masih menunggu respons dari Amiruddin berhubung kenyataan tersebut.

Semalam, Presiden PKR Anwar Ibrahim memberikan isyarat kuat bahawa Amiruddin akan diletakkan di Gombak untuk menentang Azmin.

“Kita akan hantar panglima utama Selangor ke Gombak... namun ini bukan pengumuman rasmi.. yang rasmi nanti pada 28 Oktober," kata Anwar.

Amirudin dilihat secara meluas sebagai protege Azmin ketika beliau masih memegang jawatan timbalan presiden PKR.



Beliau juga turut dicadangkan oleh Azmin untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor berikutan pelantikannya ke dalam Kabinet diterajui Dr Mahathir Mohamad pada 2018.

Azmin adalah antara ahli Parlimen PKR yang dipecat daripada parti itu selepas perselisihan mereka dengan Anwar menjelang kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada awal 2020.

Beliau kemudiannya menyertai Bersatu dan bakal mempertahankan kerusi  Gombak di bawah Perikatan Nasional (PN).

Gombak adalah kawasan Parlimen yang didominasi Melayu dengan beberapa bahagian campuran antara bandar dan pinggir bandar merentasi Selangor dan Kuala Lumpur.

Ia dilihat sebagai kubu kuat Umno sehingga Azmin berjaya memenanginya di bawah tiket PKR pada 2008.

Pada 2018, beliau berjaya mengekalkan kerusi itu selepas mengalahkan calon PAS dan Umno dengan majoriti 48,721 undi.

Bulan lalu, Azmin memberi respons mengenai cadangan supaya Anwar mencabarnya di Gombak, ketika pemimpin PKR itu mengintai pilihan lain untuk berpindah dari kerusi diwakilinya di Port Dickson.

“Ada orang nak datang Gombak, silakan. 

“Nak hantar isteri boleh, anak pun boleh,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar akhirnya mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun, Perak menentang penyandangnya dari Bersatu, Ahmad Faizal Azumu.

....
https://www.malaysianow.com



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo