NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aminuddin ganti Anwar tanding di Port Dickson


PETALING JAYA:
Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun akan menggantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengumuman itu dibuat Anwar dalam Jelajah PH di Port Dickson malam tadi.

“Biarlah orang yang saya pilih tu adalah orang Port Dickson percaya, standard dia, sama ada sama atau lebih daripada saya, kalau ambil rendah, (orang kata) Anwar ni tinggal begitu, jadi Ahli Parlimen kita tak semangat mereka kata.

“Oleh itu, saya nak umumkan calon PH bagi Port Dickson adalah Aminuddin Harun,” katanya sambil mempelawa Aminuddin naik ke pentas dan mengangkat tangannya.

Anwar berkata, Aminuddin pada mulanya menolak tawaran itu kerana beban kerjanya sebagai menteri besar, tetapi beliau yakin Aminuddin mampu mempertahankan kerusi berkenaan.

“Saya fikir panjang, saya tak mahu bebankan dia sebab dia dah jadi menteri besar, saya nak jelaskan dia tak minta, malah dia rayu jangan bagi dia.

“Ini contoh yang kita nak, ada peluang tapi dia beritahu saya sebagai menteri besar pun banyak kerja, kalau boleh beri orang lain pun tak apa, tapi saya buat tak dengar…Ini contoh yang baik.

“Jadi, apakah ia akan ganggu tugasnya? Tidak, dia pun orang sini. Sebagai menteri besar, dia juga ketua PKR Bahagian Port Dickson, jadi dah tentunya ada ADUN yang akan bantu.”

Katanya, pengumuman ini adalah penghormatan buat Aminuddin dan rakyat Port Dickson.

“Dia kena jaga satu negeri, dia kena menangkan Parlimen Pilah, Jempol, Rembau dan Jelebu.”

Anwar pada Khamis mengumumkan beliau beralih angin ke kerusi Parlimen Tambun pada PRU15, meninggalkan kerusi Port Dickson yang dimenanginya dengan majoriti 23,560 undi, selepas menewaskan enam pencabar daripada PAS dan bebas pada pilihan raya kecil Oktober 2018.

Aminuddin ialah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat sejak 2008.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo