NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aminuddin cabar DAP namakan calon PM bukan Melayu

BANGI, 2 Rabiulakhir 1444H, Jumaat – Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Aminuddin Yahaya mencabar DAP untuk menamakan calon Perdana Menteri bukan Melayu daripada parti berkenaan.

Beliau menyarankan supaya parti tamak haloba itu berani mengisytiharkan mana-mana sahaja pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng dan Anthony Loke sebagai calon Perdana Menteri atau setidaknya untuk posisi Timbalan Perdana Menteri.

Sambil menyindir, Aminuddin berkata, memandangkan DAP menjadi parti paling kuat di dalam Pakatan Harapan (PH), maka tiada salahnya untuk jawatan calon Perdana Menteri itu dituntut.

“Lagi pun sekarang dalam PH, DAP paling kuat. Lagi kuat dari parti ‘calon PM’ kamu sekarang itu. Maka, tuntutlah jawatan calon PM dari DAP dulu.

“Letaklah mana-mana bukan Melayu yang kamu suka. Nanti dah menang, minta pada Agong. Masa itu baru boleh sembang balik. Calonkan je, tak payah sembang banyak kalau tak berani,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Guan Eng yang juga Pengerusi DAP, apabila seolah-olah mahu Malaysia mengikut langkah Britain yang melantik Rishi Sunak – berketurunan India – sebagai Perdana Menteri.

Guan Eng mendakwa kononnya jika mahu negara maju ke hadapan, Malaysia tidak boleh terjerat dengan isu kaum dan agama.

Menempelak kenyataan bekas Menteri Kewangan kerajaan PH itu, Aminuddin menyifatkan perbandingan Guan Eng dengan politikus United Kingdom (UK) itu sebagai tidak cerdik.

“Ada ke wakil rakyat UK yang ‘geli-geli’ dan kekok cakap bahasa kebangsaan mereka?

“Tengoklah Perdana Menteri UK berketurunan India itu ‘level’ macam mana. Betapa Britishnya diri beliau berbanding ke-India-annya. Lim Guan Eng bijaklah sedikit,” katanya.

Beliau berkata, sejak sekian lama DAP ditubuhkan, tidak pernah pula parti berkenaan mencalonkan Perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu.

“Malah, bapa Lim Guan Eng iaitu Lim Kit Siang ketika zaman kegemilangan dulu-dulu tak pernah disebut sebagai calon Perdana Menteri oleh DAP.

“Wahai Guan Eng, kamu jangan nak ‘merengek’ teruk sangat macam ini. Calon Perdana Menteri yang kamu julang itu pun Melayu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo