NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akhirnya Dr Asri (MAZA) sedar pengkhianatan DAP setongkolnya AMANAH - Minta Jangan Undi PH PRU-15 ini (Bersama Video)


Apabila saya mendengar ucapan Dr Asri ini, saya terharu akhirnya Dr Asri (MAZA) memahami maksud al Quran yang telah lama orang PAS dikampung walaupun tak ada sijil agama memahaminya. Mereka ikhlas berjuang menegakkan Islam walaupun sekadar memacak bendera.

Saya tak nak hina atau marah kepada Dr Maza dan rakan-rakanya yang banyak menegakkan hadis dan menolak hadis palsu tapi saya sangat sedih bila golongan sebelum ini bersama AMANAH dan IKRAM untuk bersetongkol dengan DAP tapi saya rasa Dr Asri lewat memahami inti perjuangan Islam yang di bawa oleh ulama dalam PAS.Dia mungkin tak faham apa diperkatakan oleh Ustaz Harun kewajipan bersama perjuangan Islam dalam satu barisan/saf.



Saya mesih ingat lagi Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam beberapa tahun lalu. Antara pertemuan itu Ustaz Harun Taib mengajak Dr Asri untuk berjuang Islam bersama PAS. Tapi dalam kenyataan di BH pada ketika itu menolak pelawaan PAS dan Dr Asri lebih percaya kepada Dr Mahathir.. (Kawan aku buat Joke, Dr mesti percaya Dr, Harun Taib tak habis pHD dia... mana ada Dr)

Di web minda tajdid, Dr Mohd Asri hanya mengucapkan terima kasih atas jemputan itu dan menyatakan penghormatan beliau kepada Ketua Dewan Ulamak PAS berkenaan.

Sementara itu, menurut sumber terdekat Dr Asri, bekas Mufti Perlis itu yang mempunyai hubungan rapat dengan Tun Mahathir Mohamad, telah membuat kunjungan hormat ke rumah Mahathir untuk mendapatkan nasihat pada mingguselepas perjumpaan dengan Ustaz Harun Taib.


Saya nak tanya kawan-kawan yang ada dalam gambar di atas, masih percaya kepada AMANAH yang setongkol dengan DAP malah kata Dr MAZA Amanah guna ayat Al Quran membela DAP? Ayuh bersama PAS tegakkan kerajaan Islam contoh untuk rakyat Malaysia.

Boleh juga dapatkan video di atas di
https://t.me/mindarakyat/19240

NASIR RAMLEE




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo