NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahmad Idham sedia berdepan Aminuddin di Port Dickson


PETALING JAYA:
Pelakon dan pengarah filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri sedia untuk berhadapan dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun sekiranya dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga ketua penerangan Gerakan Tanah Air (GTA) Negeri Sembilan berkata, beliau telah pun memulakan gerak kerja untuk memperjuangkan keperluan golongan anak-anak istimewa di situ seperti yang menjadi hasratnya sebelum ini.

“Saya sudah melangkah masuk di sini, kalah menang itu bukan saya mahu tentukan, saya selalu berpegang bahawa sebagai manusia, saya boleh merancang tetapi yang menentukan adalah Allah SWT.

“Kalau dikatakan saya menang, menanglah saya di sini, kalau kalah saya mahu buat macam mana tetapi yang penting adalah usaha dan komitmen saya kepada masyarakat.

“Perjuangan saya di sini, akan saya teruskan dan saya tidak boleh tinggal begitu, kerana apa yang saya buat ini bukan atas parti tetapi atas dasar perjuangan untuk anak-anak istimewa. Kalah orang sudah nampak tetapi menang nanti siapa yang tahu?,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim mengumumkan Aminuddin yang juga naib presiden PKR sebagai calon PH bagi mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson pada PRU15 akan datang.

Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Mohamad Jani Ismail yang juga pengerusi Pejuang Negeri Sembilan memaklumkan, Idham hampir pasti menjadi calon mewakili GTA di Parlimen Port Dickson pada PRU15.

Sementara itu, mengulas mengenai beberapa pandangan supaya lebih baik beliau menumpukan bidang lakonan dan seni berbanding menceburi dunia politik,Idham menjelaskan dia tidak membawa agenda ‘anak seni’ dalam penglibatannya itu.

“Saya ingin juga membawa mesej bahawa anak seni boleh memberikan khidmat kepada masyarakat, sebab itu saya bawa produk sekolah anak pendidikan khas ini. Anak seni juga punya tanggungjawab kepada masyarakat, tidak hanya bercakap mengenai industri seni,” katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo