Adobe MAX sudah berakhir tetapi masih terdapat beberapa demo menarik yang kami sendiri terlepas pandang. Antaranya ialah Project All of Me yang boleh mengubah bagaimana gambar disunting menggunakan Photoshop dalam masa terdekat.
Terdapat dua perkara yang boleh dilakukan oleh kecerdasan buatan yang menjadi otak kepada Project All of Me. Pertama ia boleh mengubah baju yang dipakai oleh subjek di dalam gambar. Ia mengenalpasti bahagian baju dan tubuh objek. Kemudian pengguna boleh memilih fabrik yang ingin digantikan dalam gambar dan Project All of Me melakukannya secara automatik.
Ciri tidak terhenti sekadar menukar baju yang dipakai tetapi juga boleh menukar latar belakang dari gambar asal. Yang asal dalam empat gambar yang dijana di atas hanyalah tubuh badan subjek manusia dengan bahagian lain dijana kecerdasan buatan Project All of Me.
Kemampuan kedua Project All of Me ialah menambah bahagian gambar untuk ia menjadi lebih besar. Ini adalah sama seperti ciri Content Aware Fill sedia ada tetapi ia boleh menambah bahagian busana dipakai, anggota tubuh dan juga kasut. Selepas imej dijana, pengguna boleh melakukan perubahan kepada imej asal seperti memanjangkan skirt yang dipakai misalnya. Project All of Me masih lagi sebuah eksperimen yang dilakukan oleh Adobe. Dengan kepopularan kecerdasan buatan seperti Dall.E 2, Adobe mungkin perlu memperkenalkan ciri ini dengan segera kepada pelanggan Creative Cloud.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment