NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adnan Yaakub umum bersara daripada politik

Selepas lapan penggal menjadi Adun Pelangai, bekas Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob mengumumkan untuk 'bersara' daripada arena politik.

Pengumuman itu dibuat ketika sesi perbahasan Belanjawan Pahang 2023 pada sidang DUN Pahang, petang semalam.

"Kita semua sedia maklum, sidang DUN Pahang akan dibubarkan sedikit masa lagi, jadi saya anggap ini adalah ucapan terakhir dalam dewan sebelum saya bersara sepenuhnya," katanya.

Adnan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang pernah bersama dengannya sepanjang menjadi menteri besar sejak 1999 sehingga 2018.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo