PERBEZAAN ketara antara PAS dengan parti-parti lain adalah komitmen melaksanakan Islam atau syariah.
Mengambil contoh negeri Terengganu, apabila menang PRU 1999, Terengganu di bawah Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) telah menggubal dan meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS).
Apabila PAS mengambil alih Terengganu sekali lagi pada 2018, di bawah Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr Sam), Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan.
Dokumen Garis Panduan ini sebagai kesinambungan daripada EJKS yang berbentuk mendidik. Alhamdulillah, perlahan-lahan proses didikan dibuat menampakkan hasil.
Antara buah yang ranum yang berjaya dipungut adalah;
1. Hampir 100 peratus atlet Terengganu mengenakan pakaian yang mesra syariah. Masih berbaki 3 4 sukan yang masih belum sempurna pematuhan, proses terus berjalan.
Mufti dilantik sebagai ahli Majlis Sukan Negeri, penubuhan unit kerohanian dan terdapat juga insentif kepada atlet yang berpakaian patuh syariah.
Lagi manis, dalam mesra syariah itu Terengganu terus berkembang menjadi kuasa besar sukan negara. Naib Juara SUKMA dengan pungutan pingat tertinggi dalam sejarah.
Siapa kata bila ikut Islam, sukan tak power.
2. Konsert JOM HEBOH bertukar majlis ilmu dan selawat. Polisi kerajaan negeri telah mengarahkan imej negatif JOM HEBOH tertanggal di sempadan negeri Terengganu.
Artis berjubah dan melantunkan nasyid serta selawat merubah konsep asal JOM HEBOH yang terkinja-kinja. Terengganu menjadi contoh dalam hal ini.
3. Penubuhan Skuad Amar Maaruf Nahu Mungkar. Hari itu heboh sekejap Skuad Amar bekerjasama dengan Polis, JPJ dan JHEAT buat roadblock sama pembonceng motosikal yang bukan mahram. Lain macam bang.
4. Pengasingan tempat duduk di pawagam. Pawagam-pawagam di Terengganu dikenakan syarat untuk diasingkan tempat duduk. Lelaki, perempuan dan keluarga. Alhamdulillah, syarikat pawagam sanggup ikut.
5. Kegiatan dan kehormatan wanita terpelihara. Ingat tak lagi heboh isu catwalk model dalam Hari Sayyidatina Aisyah di Terengganu.
Fashion Show tersebut juga diadakan dalam keadaan tertutup untuk para wanita sahaja. Begitu dijaga batasan untuk meraikan kehendak.
6. Akan datang Sukan Wanita Terengganu (SUKWA) sukan yang melibatkan wanita sahaja. Ini juga merupakan satu usaha untuk mendidik rakyat bersukan dengan mematuhi syariat.
7. Bertumbuhnya program-program pengukuhan ilmu berkaitan pelaksanaan syariah seperti Hari Memperingati Itqan Al Muluk Bitta’dil As-Suluk, Karnival Pembudayaan Hidup Bersyariah, seminar, forum, ceramah dan sebagainya.
Ini semua adalah penyataan komitmen dan pembuktian komitmen untuk melaksanakan syariat Islam di Terengganu. Inilah yang tiada pada parti-parti lain.
AHMAD FAHMI MOKHTARDarulnaim Research Centre
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment