PETALING JAYA: PAS berkata, terdapat penyandang kerusi Parlimen yang tidak dicalonkan semula untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15), apabila senarai calonnya untuk lebih 60 kerusi diumumkan Rabu ini.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, penyandang yang tidak dicalonkan semula itu sudah diberitahu lebih awal dan mereka menerima dengan hati terbuka.
PAS kini menyandang 17 kerusi Parlimen.
“Bukan mereka tak bagus, kesemua 17 Ahli Parlimen PAS berkhidmat dengan baik, tapi kita mahu beri peluang kepada muka baharu, itu perkara biasa dalam parti,” kata menteri tenaga dan sumber asli sementara itu dipetik Bernama dalam sebuah majlis di Putrajaya.
Takiyuddin yang mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Kota Bharu berkata, beliau percaya tidak ada penyandang yang merajuk atau bertindak di luar batasan, jika tidak dicalonkan semula.
“Dalam PAS kita berebut, bukan berebut kerusi, tapi berebut nak berundur (daripada bertanding).”
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment