NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ada ke Kerajaan Tanpa Rasuah?

š—”š——š—” š—žš—˜ š—žš—˜š—„š—”š—š—”š—”š—” š—§š—”š—”š—£š—” š—„š—”š—¦š—Øš—”š—›?

Nak masuk ke fasa pilihan raya ini, semua mengangkat diri sebagai orang paling berintegriti.

Waktu ini kita boleh dengar semua parti tolak rasuah, tolak pecah amanah. Kemudian sibuk mendedahkan kes-kes mahkamah pihak lawan.

Rakyat sampai dah muak. Itu yang rakyat malas nak mengundi.

Ada pihak yang pernah buat perbandingan parti-parti yang terlibat dengan rasuah. Menariknya, antara SEMUA parti itu hanya ada SATU parti sahaja yang tidak pernah terlibat dengan rasuah.

Selagi ada perasuah ini, selagi itu negara kita tak akan maju dan stabil.

Negara kita sebenarnya kaya dengan sumber ekonomi. Kemahiran rakyat juga bukan calang-calang. Tapi segala kelebihan ini sia-sia kerana pemimpin yang tidak berintegriti.

Penyakit pemimpin tak ada integriti ini lah tuan-tuan yang menjadi faktor besar kenapa rakyat makin sesak.

Jika mereka yang ada kuasa dan bertanggungjawab mengurus negara ini gagal melaksanakan amanah, maka pada siapa yang boleh kita harapkan?

Urus duit negara yang berbilion-bilion sampai gelap mata. Bentang projek tapi masuk poket kroni sendiri. Hasilnya, rakyat tak dapat apa-apa.

Susah nak jumpa pemimpin yang benar-benar telus. Hatta pemimpin Islam sendiri.

Tamadun Islam yang kita bangga-banggakan dulu bukan hebat sebab strategi semata-mata, tapi juga sebab mereka bawa nilai Islam dalam memimpin umat.

Dalam sejarah kerajaan Islam, ramai kalangan pemimpin Bani Umaiyah dan Bani Abasiyah lupa kepada amanah Allah sebab terlalu asyik dengan kemewahan dunia hingga menggunakan kekayaan untuk mengekalkan kuasa.

Hal yang sama berulang. Jadi, kalau benar kita nak negara yang bersih dan stabil, tolak mereka yang rasuah dan pecah amanah. Ini membuktikan mereka tiada integriti.

Setuju atau tidak, PRU ini sahaja masanya. 5 tahun bukan seperti 5 bulan, wahai tuan-tuan yang mulia.

Kita tidak boleh silap lagi. Undilah parti yang bersih, berintegriti serta benar-benar ikhlas membawa aspirasi rakyat.

Kalau hendak memilih cincin,
Pilihlah cincin muat di jari,
Kalau hendak memilih pemimpin,
Pilih pemimpin bermaruah diri.

#BersihdanStabil
#MalaysiaSejahtera

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo