Ekonomi global telah beralih daripada persekitaran inflasi dan kadar faedah rendah kepada dunia yang ‘lebih terdedah dan rapuh’, - IMF
Dunia juga berhadapan risiko kemelesetan ekonomi tahun hadapan manakala ekonomi maju juga semakin perlahan. – Presiden Bank Dunia.
Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang kita gunakan sebelum ini pada 1.75% sejak Julai 2020 sehingga Mac 2022 adalah yang terendah sejak 2005.
Kita telah lama berada pada kadar 3.0% ke atas sejak 2005 dan pernah mencecah kadar tertinggi 3.5% pada 2007-2008.
Kesan pandemik covid-19, Bank Negara Malaysia mula menurunkan OPR secara berperingkat sebanyak 4 kali bermula 2.75% sehingga nilai terendah 1.75%
Penurunan OPR telah menyebabkan berlakunya inflasi apabila permintaan tinggi berlaku dalam keadaan dunia mengalami gangguan rantaian makanan dan bekalan asas menjadi terhad.
Bagi memastikan inflasi terkawal tanpa menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi, BNM telah menaikkan OPR secara berperingkat supaya kenaikan harga tidak menjejaskan rakyat.
Untuk rekod, setakat tahun ini BNM telah 3 kali menaikkan OPR secara berperingkat sebanyak 25 mata asas bermula Mei, Julai dan September menjadikan kadar semasa pada 2.50%.
OPR dijangka akan terus dinaikkan untuk memastikan ekonomi kembali pulih sejajar dengan kenaikan kadar faedah US yang memberikan kesan kepada nilai ringgit Malaysia.
Persoalannya, adakah rakyat telah bersedia dengan kenaikan ini dalam keadaan rakyat masih bergelut untuk keluar daripada beban kewangan yang belum pulih daripda pandemik?
#UNDILAH PAS
#UNDILAH PAKATAN NASIONAL (PN)
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment