Kira-kira 200 mayat ditemui reput oleh pihak berkuasa di sebuah hospital di bandar Multan Pakistan menerusi siasatan yang dilakukan, lapor Wion News.
Menerusi beberapa laporan, mayat yang tidak dituntut itu telah dibuang di atas bumbung hospital berkenaan sehingga menjadi sisa makanan helang dan burung gagak.
Difahamkan, imej dan video lokasi kejadian yang berdarah itu telah tersebar luas di pelbagai platform media sosial tempatan.
Ketua Menteri Negeri Punjab, Parvez Elahi membentuk jawatankuasa untuk menyiasat perkara itu dan enam anggota telah dipersetujui untuk sertai pasukan tersebut.
Pasukan itu diketuai oleh setiausaha penjagaan kesihatan pakar, Muzamil Bashir dan telah diberikan tempoh tiga hari untuk menyelesaikan siasatan berkenaannya.
Dalam pada itu, stesen televisyen Geo News turut melaporkan seorang pegawai tinggi dari hospital telah menuduh pihak polis dan pasukan penyelamat sebagai punca kejadian berlaku.
Ketua Jabatan Anatomi hospital tersebut, Dr Mariam Ashraf berkata pegawai penyelamat dan polis patut dipersalahkan atas kejadian itu dan pihaknya tidak boleh menerima mayat berkenaan kerana terikat untuk mengambilnya sebagai simpanan.
“Polis dan pegawai penyelamat membawa mayat dan meminta kami menyimpannya tetapi mereka tidak menuntutnya pada masa yang ditetapkan.
“Kami telah menulis surat kepada mereka beberapa kali dan meminta mereka mengambil mayat itu namun tiada apa yang berlaku,” katanya memetik Wion News.
Ujarnya lagi, semasa mayat itu dibiarkan, mereka diserang ulat yang mula memakannya dan bergerak dari satu badan ke badan yang lain.
“Inilah sebabnya, mayat yang reput itu disimpan di atas bumbung yang terdapat tiga bilik simpanan khas,” katanya lagi.
Tambahnya, mayat yang diterima daripada polis dan pegawai penyelamat kebiasaannya berada di peringkat reput dan tidak boleh disimpan di bilik mayat.
“Akibatnya, ulat mula memakannya dan kemudian mereka bergerak pergi ke badan yang masih ‘segar’,” kata Dr Mariam.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment