NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

2 isteri orang dicekup berkhalwat dengan 2 lelaki warga Bangladesh


Kulim:
Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) menahan dua wanita selepas didapati berkhalwat dengan dua lelaki warga Bangladesh dalam bilik berasingan di sebuah rumah tumpangan di Lunas, di sini, hari ini.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan dengan bantuan polis di rumah tumpangan itu selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan dua pasangan terbabit.

"Hasil pemeriksaan di bilik pertama pada 11.30 pagi tadi mendapati, seorang wanita yang masih berstatus isteri orang dan mempunyai empat anak itu ditemui berdua-duaan dengan seorang lelaki warga Bangladesh.

"Wanita berusia 38 tahun itu menetap di Kulim dan mendakwa memberi alasan kepada suaminya untuk mengambil lesen kenderaan hari ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar Shariffudin berkata, di bilik berasingan, wanita berusia 26 tahun turut dicekup berkhalwat dengan lelaki warga Bangladesh berusia 35 tahun pada 12.45 tengah hari.

"Wanita yang ditahan di sebuah lagi bilik juga sudah berkahwin tujuh tahun tetapi belum mempunyai anak.

"Dia turut memberi alasan kepada suaminya untuk mengambil lesen kenderaan bersama rakan," katanya.

Katanya, kedua-dua wanita itu bekerja di sebuah kilang plastik dan mengenali lelaki warga Bangladesh itu melalui aplikasi WeChat.

"Mereka ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Lunas untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan," katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo