NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UNGA 2022: Usul Malaysia untuk wujudkan kerjasama monetari antarabangsa perlu diberi perhatian dunia

Usul Malaysia untuk mewujudkan kerjasama monetari antarabangsa bagi mendepani isu-isu global pada ketika ini perlu dibawa negara-negara lain ke peringkat seterusnya.

KUALA LUMPUR : Usul Malaysia untuk mewujudkan kerjasama monetari antarabangsa bagi mendepani isu-isu global pada ketika ini perlu dibawa negara-negara lain ke peringkat seterusnya.
Penganalisis politik antarabangsa, Prof. Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, cadangan Perdana Menteri ketika berucap di pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 itu mampu menjadi penyelesaian kepada usaha membantu negara-negara miskin dan membangun susulan tekanan ekonomi dilakukan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat.
"Inilah kebimbangan Perdana Menteri bahawa apa jua tindakan dibuat oleh negara maju, pasti ia akan beri kesan kepada negara membangun dan miskin.
"Kadar inflasi mungkin tidak begitu tinggi bagi Amerika Syarikat, namun negara lain terpaksa hadapi tekanan akibat daripada tindakan negara maju seperti Amerika dan Eropah, ia memberi kesan besar kepada kelangsungan kehidupan negara terbabit," katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Justeru, katanya, tindakan negara maju menaikkan kadar faedah bukan satu perkara baharu dan platform digunakan Perdana Menteri ketika berucap pada UNGA ke-77 adalah bertepatan bagi memastikan suara negara-negara yang terkesan didengar serta diambil perhatian.
"Kalau tidak ada kerjasama monetari di peringkat dunia, saya bimbang keadaan hari ini akan berterusan kerana fenomena ini sudah lama berlaku.
"Jadi Malaysia telah menyuarakan mengenai usaha kerjasama monetari antarabangsa, maka negara lain juga perlu ambil pandangan ini untuk membincangkannya secara spesifik seperti dibawa ke Forum Tabung Kewangan Dunia (IMF), mahupun melalui kerjasama dua atau pelbagai hala.
"Ia perlu dibincang supaya cadangan ini menjadi penyelesaian kepada kesengsaraan negara miskin dan membangun yang berusaha mengurangkan tekanan hidup," ujarnya.

Sumber I Astro Awani 







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo