NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tunku Panglima Johor duduki tangga ketiga GT Australia

Tunku Panglima Johor mempamerkan prestasi baik dalam pusingan ketiga Cabaran Dunia GT Australia di Litar Sandown, Melbourne yang melabuhkan tirai semalam. - Gambar/ Bernama

JOHOR BAHRU: Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim kini berada di tempat ketiga dalam senarai kedudukan pemandu GT Australia dengan mengumpul 105 mata.
Kenyataan Royal Press Office hari ini memaklumkan Tunku Panglima Johor mempamerkan prestasi baik dalam pusingan ketiga Cabaran Dunia GT Australia di Litar Sandown, Melbourne yang melabuhkan tirai semalam.

"Tunku Abdul Rahman bersama rakan sepasukan Shane Van Gisbergen telah merangkul kemenangan dalam perlumbaan pertama (pada Sabtu) dengan pemanduan cemerlang walaupun dalam cuaca hujan dan bertarung sengit sebelum mengakhiri perlumbaan kedua (semalam) di tempat ketiga," menurut kenyataan itu.

Pusingan seterusnya bagi musim 2022 akan berlangsung di Litar The Bend Motorsport Park, South Australia dari 14 hingga 16 Okt ini.
-- BERNAMA





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo