NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Tun Samy Vellu mentor saya sejak di bangku sekolah' - Saravanan

M Saravanan (paling kanan) berkata, sumbangan dan jasa mendiang akan sentiasa dikenang. Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Figura bernama Tun S Samy Vellu tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana pemimpin lain kerana sumbangan mendiang yang amat besar kepada masyarakat dan negara.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, sumbangan dan jasa mendiang akan sentiasa dikenang.
"Banyak sangat kenangan saya dengan Tun. Saya bermula dengan Tun sejak 1983, sejak dari bangku sekolah sehinggalah saya menjadi seorang menteri.
"Tun memainkan peranan yang penting sebagai mentor dan memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga saya berjaya sebagai seorang menteri Kabinet. Terlalu banyak kenangan, hampir 32 tahun.
"Antara pesanan mendiang yang selalu diingati ialah tiada mana-mana pemimpin akan dapat 100 peratus sokongan, tetapi teruskan usaha sehingga sampai satu masa rakyat menghargai," katanya ketika ditemui di kediaman mendiang di sini, pada Jumaat.
Sementara itu 'rakan sekutu' mendiang, Tun Dr Ling Liong Sik memberitahu, mendiang akan sentiasa diingati susulan perwatakannya yang gemar berjenaka.
Mengimbau kembali kenangan ketika duduk bersebelahan dalam mesyuarat Kabinet, bekas Presiden MCA itu berkata, mendiang mempunyai pelbagai bakat dan seorang yang berwawasan.
"Kami gemar mendengar lawak Samy Vellu, dia akan membawa sesuatu mesej dalam cara yang melucukan. Dr Mahathir juga gemar mendengar lawak Samy Vellu," katanya yang dibawa duduk dengan kerusi roda.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, mendiang adalah seorang pemimpin yang disegani oleh kawan mahupun lawan kerana dengan sikapnya yang suka berseloroh tapi tegas dalam membuat keputusan.
"Beliau pemimpin yang hebat, berpandangan progresif dan jauh. Bagi saya kehilangan beliau adalah kehilangan yang amat besar buat negara," katanya.

Sumber | Astro Awani 

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo