NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak pelik Bersatu memusuhi UMNO kerana kerusi UMNO pun mereka curi - Nazri

disebabkan tidak mendapat sokongan orang Melayu, Bersatu 'mencuri' beberapa ahli parlimen UMNO untuk menguatkan parti tersebut. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Bukan sesuatu yang pelik jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memusuhi UMNO kerana parti itu tidak dapat menandingi kekuatan yang ada pada UMNO, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Mohamed Nazri menegaskan parti serpihan UMNO itu tidak mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu biarpun tampil sebagai sebuah lagi parti Melayu.
Katanya, disebabkan tidak mendapat sokongan orang Melayu, Bersatu 'mencuri' beberapa ahli parlimen UMNO untuk menguatkan parti tersebut.
"Selepas PRU14 Bersatu cuma ada 13 ahli parlimen, lebih dua sahaja berbanding Amanah, sebab itu mereka curi ahli parlimen UMNO yang tidak ada pendirian.
"Kalau tidak kerana 'mencuri' kerusi UMNO tidak mungkin Bersatu mempunyai bilangan ahli parlimen yang ramai dalam Dewan Rakyat.
"Selepas curi ahli-ahli parlimen UMNO, apa mereka buat? Mereka khianat rakan-rakan mereka dalam PH dan ajak UMNO, Pas, GPS dan parti lain untuk bentuk kerajaan," katanya kepada Astro AWANI.
Mohamed Nazri berkata demikian susulan kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan pihaknya menyambut baik usaha penyatuan ummah yang diusahakan Pas, namun realitinya parti itu tidak boleh bekerjasama dengan UMNO.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri menasihatkan Muhyiddin agar menjadi Melayu yang tidak lupa asal usul dan tahu mengenang budi.
Jelas beliau, Muhyiddin sepatutnya berterima kasih kepada UMNO kerana parti terbesar orang Melayu itu yang memberi peluang kepadanya sebelum ini menjawat jawatan penting dalam negara.
"Kerana bersama UMNO dan jasa UMNO, Muhyiddin dapat menjadi Menteri Besar Johor dan selepas itu Timbalan Perdana Menteri.
"Benar beliau dibuang oleh UMNO tetapi jangan berdendam hingga lupa jasa-jasa UMNO kepada beliau sekeluarga.
"Sebagai seorang yang cuba tampil dengan imej baik dan kononnya berpegang teguh kepada ajaran Islam, Muhyiddin sepatutnya menunjukkan contoh beliau sedia berdamai bukan berdendam.
"Tetapi jika Muhyiddin nak berdendam dengan UMNO pun tidak mengapa, UMNO tidak peduli Bersatu nak lawan kerana kita akan pastikan mereka kalah," katanya lagi.
Pada Selasa, Muhyiddin memberitahu media Bersatu menyambut baik usaha penyatuan ummah yang diusahakan Pas, namun menegaskan parti itu tidak boleh bekerjasama dengan UMNO.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata Pas akan menentukan hala tuju politiknya dalam masa terdekat, namun sehingga kini menyatakan pendirian untuk terus kekal bersama gabungan tersebut.
Muhyiddin berkata perkara itu dizahirkan dalam pertemuan bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Isnin.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo