- Foto FB MAIS |
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada 19 individu membabitkan pelbagai jawatan dalam agensi serta jabatan berkaitan Islam, hari ini.
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui satu kenyataan memaklumkan, majlis itu berlangsung di Istana Bukit Kayangan, di sini.
Mengetuai lantikan itu Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar, yang menerima watikah bagi memperbaharui mandat jawatan sama untuk tempoh 2022 hingga 2025.
- Foto FB MAIS |
Turut menerima watikah adalah Anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Mohd Radzi Abd Latif; Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Dr Zainal Abidin Kusmin dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Mohd Shahidan Abdul Ghapar dan Ahmad Husaini Othman.
"Pada istiadat itu juga, 14 anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor turut menerima watikah pelantikan masing-masing.
- Foto FB MAIS |
"Antaranya termasuk Mufti Selangor, Datuk Dr Anhae Opir; Timbalan Mufti, Prof Madya Dr Miszairi Sitiris; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Salim Soib @ Hamid; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Shahzihan Ahmad serta Anggota MAIS, Prof Datuk Dr Mujaini Tarimin dan Prof Madya Dr Khadijah Mohd Khambali @ Hambali.
"Semua lantikan dibuat selaras Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (EPAINS 2003)," katanya.
Sumber | BHOnline
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment