NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ratu Elizabeth II contoh raja berperlembagaan yang baik - Dr Mahathir

Dr Mahathir berkata kemangkatan baginda bukan sahaja satu kehilangan kepada Britain, malah kepada mereka yang percaya kepada kedaulatan undang-undang. - Gambar fail/ Shahir Omar

KUALA LUMPUR: Ratu Elizabeth II adalah contoh seorang raja berperlembagaan yang baik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata kemangkatan baginda bukan sahaja satu kehilangan kepada Britain, malah kepada mereka yang percaya kepada kedaulatan undang-undang.
"Saya berasa sedih dengan kemangkatan baginda. Baru dua hari sebelum itu baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri United Kingdom yang baharu..." katanya dalam perkongsian di akaun media sosialnya hari ini.
Istana Buckingham pada 8 Sept mengumumkan kemangkatan Ratu Elizabeth pada usia 96 tahun.
Dr Mahathir turut berkongsi pengalamannya bertemu baginda dalam banyak acara, terutama ketika mesyuarat Komanwel.
Menurut Mahathir, sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, Ratu Elizabeth melawat Malaysia sebanyak dua kali iaitu ketika Malaysia menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel dan pada Sukan Komanwel.
Katanya baginda juga seorang yang berkeperibadian tinggi.
"Saya tidak menjangkakannya (kemangkatan baginda), baginda hanya setahun lebih muda daripada saya," katanya.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo