NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis tahan bapa pelakon remaja didakwa lakukan gangguan seksual

Baru-baru ini, pelakon berusia 15 tahun menerusi satu temu bual di YouTube 'Bros Gang TV' membuat pendedahan mengejutkan mengenai sikap sebenar bapa kandungnya yang didakwa suka menonton filem lucah. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Polis telah menahan bapa kepada seorang pelakon remaja perempuan yang didakwa membuat gangguan seksual terhadap anaknya, pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, permohonan reman telah diperoleh daripada mahkamah sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut.
"Polis membuat tangkapan pada 2.25 petang dan turut merampas sebuah telefon bimbit daripada suspek yang kemudian dihantar ke Jabatan Forensik PDRM untuk dianalisa.
"Saringan air kencing ke atas suspek adalah negatif serta tidak mempunyai sebarang rekod lampau," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Semalam, polis menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya serta tidak menjaga kebajikan mangsa.
Dalam satu kenyataan terdahulu, Wan Azlan berkata, mangsa juga sering dipertontonkan dengan video lucah dalam telefon bimbit bapa kandungnya.
Kejadian itu dipercayai berlaku sejak 2013 sehingga 2017.
Tambah Wan Azlan, mangsa turut menyatakan kejadian itu berlaku ketika mangsa berusia enam tahun dan ketika itu mereka tinggal di kawasan Subang Jaya.
Baru-baru ini, pelakon berusia 15 tahun menerusi satu temu bual di YouTube 'Bros Gang TV' membuat pendedahan mengejutkan mengenai sikap sebenar bapa kandungnya yang didakwa suka menonton filem lucah.
Menerusi temu bual itu, pelakon itu turut mendakwa dia sering diraba dan dicium bapa kandungnya, ketika dia berusia lima hingga enam tahun.
Lelaki itu juga didakwa melakukan gangguan seksual terhadap pelakon remaja itu termasuk melakukan onani di hadapannya.
Malah dia dikatakan mengajak anak perempuannya itu menonton video lucah bersama-sama.
Bapa mangsa juga difahamkan turut telah membuat laporan polis bagi menafikan segala pertuduhan yang dilemparkan oleh anaknya itu.


Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo