NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM kali ketiga: "Kalau desakan datang sampai tak ada orang dah, saya terimalah" - Dr Mahathir

Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan sekiranya beliau memegang jawatan itu buat kali ketiga, ia bukanlah untuk tempoh lima tahun, mungkin hanya untuk setahun. - Gambar fail/ Bernama

KUALA LUMPUR: Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), namun hanya jika tiada pilihan calon lain yang sesuai.
Begitupun, Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan sekiranya beliau memegang jawatan itu buat kali ketiga, ia bukanlah untuk tempoh lima tahun, mungkin hanya untuk setahun.
Menurutnya, beliau sebenarnya lebih suka berehat dan memainkan peranan sebagai pakar rujukan namun sekiranya desakan demi desakan datang, beliau tidak keberatan untuk menerima tawaran berkenaan.
“Kalau nak kira, kalau nak fikir tentang kedudukan saya, saya lebih suka kalau boleh berehat. Walaupun berehat, saya akan main peranan sebagai pakar rujukan, umpamanya... ataupun memberikan nasihat.
“Itu kita boleh buat tapi kalau desakan demi desakan datang, saya nak fikir tentang diri sendiri…susah. Jadi kalau desakan datang sampai tak ada orang dah, saya terimalah.
“Tapi tak boleh sampai lima tahun, mungkin satu tahun saja... tapi kalau orang nak…pasal saya tak nak. Saya tubuh Pejuang (Parti Pejuang Tanah Air), saya tubuh Gerakan ini (bukan) untuk saya nak jadi Perdana Menteri kali ketiga, itu bukan niat saya.
“Saya cuma nak tentukan dasar-dasar yang menolong orang Melayu dapat dilaksanakan oleh kerajaan yang prihatin. Saya sayang kepada bangsa, negara dan agama,” katanya dalam program Hard Talk GTA yang disiarkan dalam Facebook rasmi Pejuang pada Sabtu.
Bekas Perdana Menteri itu sebelum ini berkata tidak bersedia untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi bagi mewakili gabungan politik baharunya, GTA pada PRU-15.
Begitupun, beliau mengakui ramai mahu beliau menjadi calon Perdana Menteri sekali lagi sekiranya berjaya memenangi PRU15 namun beliau masih belum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak jawatan tersebut.
Berdasarkan kenyataan terbaharunya itu, ia memberi gambaran bahawa Dr Mahathir sedia menjawat jawatan tersebut buat kali ketiga, berbanding pendirian sebelum ini.

Sumber | Astro Awani 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo