Shahidan berkata perkara itu terkandung dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040. - Gambar fail |
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti lebih 30 kawasan yang boleh dilaksanakan projek pembaharuan bandar supaya kawasan terlibat dapat menawarkan kualiti hidup lebih baik kepada penduduk.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata perkara itu terkandung dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040.
"Penduduk yang terlibat dengan pembaharuan bandar akan dapat manfaat yang lebih, sebagai contoh, rumah yang sekarang luas 400 kaki persegi akan ada peningkatan sampai 800 kaki persegi dan lebih," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan penutup pada Persidangan Antarabangsa Bandar Mampan Bertaraf Dunia (WCSC) 2022 di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata perincian mengenai perkara itu akan dibentangkan kemudian selain pihaknya akan mendapatkan maklum balas orang ramai.
Sementara itu, Shahidan berkata penganjur WCSC akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk Flat Seri Perlis 2 dan Flat Langkawi esok yang merupakan antara kawasan terlibat untuk pelaksanaan projek pembaharuan bandar.
Menurutnya, perbincangan secara tidak rasmi itu melibatkan pakar industri berkaitan bagi berkongsi pandangan dan cadangan dari segi penambahbaikan yang boleh dilakukan di kawasan tersebut.
Katanya, hasil dapatan pertemuan itu akan dikongsi dengan DBKL untuk tindakan serta perancangan akan datang.
-- BERNAMA
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment