NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Konsert di Kelantan: Menjawab Persoalan

Hari ini riuh rendah dunia maya apabila Konsert ‘Riuh Sokmo’ Bersama Celcom di mini stadium Ketereh menampilkan artis tersohor tanah air, kumpulan Wings. 

Program ini adalah anjuran bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (Menterinya adalah Ahli Parlimen Ketereh dari UMNO), MyCreative Venture Sdn Bhd (MyCreative Group) dengan kerjasama Celcom Axiata Bhd.

Pelbagai reaksi dari netizen dan pengkritik politik mengambil kesempatan ini dengan menghentam kerajaan PAS Kelantan seolah-olah program tersebut anjuran kerajaan PAS. Tak ketinggalan juga yang mengatakan PAS sekarang tidak seperti PAS zaman TGNA yang mengharam konsert di Kelantan. Mari sama-sama kita mencari jawapan kepada persoalan dan tohmahan yang ditimbulkan.

1. Zaman Tok Guru dulu mana ada konsert?

Semasa ATGNA menjadi Menteri Besar Kelantan dari tahun 1990 sehingga 2014, kerajaan PAS Kelantan telah mengadakan dan membenarkan beberapa konsert yang melibatkan artis tersohor tanah air. Antara konsert terbesar yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV adalah Konsert Mawi dan M Nasir yang diadakan pada 29hb November 2005. Seterusnya pada April 2009, Amy Search telah mengadkan persembahan dalam sambutan Jubli Perak Pemuda PAS Kelantan yang turut di hadiri oleh ATGNA.

2. Dulu Haramkan Konsert, Lepas TGNA tak ada dah Halal?

Enekmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Kelantan telah diluluskan pada tahun 1998. Tujuan enekmen ini adalah untuk mengawal sebarang aktiviti berbentuk hiburan di Kelantan agar menepati kehendak Islam. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003 bagi menyatakan dengan jelas perkara-perkara yang dibenarkan dan dilarang dalam semua bentuk hiburan yang telah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Ini dengan jelas Kelantan tidak pernah menghalang untuk diadakan konsert, tetapi ianya perlu mematuhi peraturan-peraturan yang digariskan, antaranya tidak dibenarkan persembahan artis wanita serta kawalan kepada penonton yang hadir.

3. Konsert anjuran Kerajaan PAS?

Tidak. Konsert ini adalah anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (Menteri UMNO) dengan kerjasama syarikat swasta. Pihak kerajaan hanya meluluskan permohonan untuk mengadakan konsert berdasarkan Enekmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 serta Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003. Menjadi tanggung jawab penganjur untuk mematuhi syarat- syarat yang ditetapkan. Sekiranya berlaku perlanggaran syarat, maka penganjur boleh dikenakan tindakan.

4. Persoalan yang perlu kita semua jawab

i. Adakah sebarang konsert melibatkan artis perlu diharamkan di bumi Kelantan? Apa alternatif yang perlu disediakan untuk rakyat yang dahagakan hiburan santai?

ii. Wajarkan Kerajaan PAS Kelantan membenarkan persembahan artis sebagaimana Enekmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 dan Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003?

iii. Apakah kelemahan Enekmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 serta Gari Panduan Kawalan Hiburan 2003 yang perlu diperbaiki?

Anak Kelate yang Bermukim di Lembah Klang

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo