NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Ebit Lew: 'Saya dan Firdaus Wong tidak berkonspirasi' - Saksi

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi Whatsapp antara Mac dan Jun tahun lepas. - Foto Astro AWANI

TENOM: Seorang pakar motivasi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa dia tidak bersetuju dengan cadangan soalan peguam bela, Ram Singh yang menyatakan dirinya serta Firdaus Wong membuat konspirasi.
Saksi pertama, Mohd Fairuz Abu, 37, tidak bersetuju bahawa sebarang hantaran media sosial berkaitan isu berkenaan serta pertemuan dengan pengadu (identiti tidak boleh didedahkan) di Bukit Aman, pada 7 Ogos 2021 adalah bertujuan bagi merosakkan reputasi tertuduh.
“Saya tidak bersetuju,” katanya.
Mohd Fairuz berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pada sesi pemeriksaan balas sempena perbicaraan kes gangguan seksual hari kedua membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, ditanya sama ada Mohd Fairuz masih menyiarkan isu terbabit di media sosial mengenai tertuduh selepas pengadu membuat laporan polis, dia memaklumkan dirinya tidak berbuat demikian namun berbeza dengan Firdaus Wong yang masih memuat naik isu berkenaan.
“Saya tidak, Firdaus ya,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria ketika sesi pemeriksaan semula meminta penjelasan Mohd Fairuz tentang tujuannya berjumpa pengadu ketika membuat laporan polis di Bukit Aman.
Menurut Mohd Fairuz, pertemuan terbabit hanyalah bertujuan menemani pengadu serta suami sebagai tanda sokongan selain memberi keterangan.
“Pertemuan ini berlaku di Bukit Aman, saya menemani beliau dan suami sebagai tanda sokongan dan juga memberi keterangan kepada pihak polis,” katanya.
Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi Whatsapp antara Mac dan Jun tahun lepas.
Pendakwah selebriti itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung esok jam 9.30 pagi.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo