Gambar baginda di majlis berkenaan dimuat naik di Facebook Unit Media Pejabat Sultan Kelantan. |
KUALA LUMPUR: Sultanah Kelantan, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah hari ini, berkenan menerima menghadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) di Istana Negeri Kubang Kerian di Kota Bharu.
Gambar baginda di majlis berkenaan dimuat naik di Facebook Unit Media Pejabat Sultan Kelantan.
Difahamkan, ini adalah kemunculan kali pertama Che Puan Diana Petra Abdullah secara terbuka, selepas diisytihar sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu.
Pada majlis hari ini, rombongan PKDK tersebut diketuai oleh Presiden PKDK, Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz dan beberapa ahli pertubuhan yang lain.
Hadir sama menyambut Sultanah Kelantan ialah Tengku Sri Kelana D’Raja Kelantan, Datuk Seri Raja Rezza Shah, Tengku Kaya Perkasa, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan pegawai-pegawai Istana Kelantan.
Pada majlis tersebut, baginda turut berkenan mengurniakan cendera kenangan kepada semua ahli rombongan.
Baginda turut berkenan mengurniakan cendera kenangan kepada semua ahli rombongan. |
Astro AWANI pada 2 Ogos lalu melaporkan,Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Diana Petra sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa tarikh yang sama.
Pelantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Pengisytiharan itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Sumber | Astro Awani
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment