NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Johor siap sedia 777 PPS hadapi banjir

Kerajaan negeri Johor bersiap sedia membuka sebanyak 777 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku penghujung tahun ini. - Gambar fail

KLUANG: Kerajaan negeri Johor bersiap sedia membuka sebanyak 777 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku penghujung tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail@Md On, berkata PPS berkenaan yang melibatkan sekolah, balai raya dan dewan orang ramai itu, mampu menempatkan hampir 200,000 mangsa.
Beliau berkata PPS yang disediakan itu akan dibahagikan kepada tiga skala iaitu PPS skala besar, sederhana dan kecil, bagi menghadapi peningkatan mangsa banjir susulan fenomena La Nina.
"Dikatakan hujan lebat akan lebih kerap berlaku ketika fenomena ini terutamanya November ini sehinggalah Februari depan," katanya kepada pemberita selepas menutup program latihan amal dan simulasi pengurusan PPS peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kahang, dekat sini, hari ini.
Katanya, buat masa ini, terdapat dua PPS berskala besar yang mampu menampung hampir 5,000 mangsa; 114 PPS berskala sederhana (76,000 mangsa) dan 661 PPS berskala kecil yang mampu menampung sehingga 132,000 mangsa.
Seramai 200 warga kerja pelbagai agensi kerajaan seperti jabatan kebajikan, polis, bomba, pertahanan awam, jabatan pendidikan dan sukarelawan, Southern Volunteers (SV) mengambil bahagian pada program tersebut.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo