Tunku Ismail bertitah bangga dengan kerjasama itu, yang akan dapat membawa penyokong untuk lebih dekat dengan kelab berkenaan. - Gambar/ FB Johor Southern Tigers |
ISKANDAR PUTERI: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi kelab pertama di negara ini yang menjalinkan kerjasama dengan Socios.com, iaitu platform aplikasi yang menjadi penghubung dan memberikan peluang ganjaran kepada penyokong.
Pemilik JDT Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah baginda bangga dengan kerjasama itu, yang akan dapat membawa penyokong untuk lebih dekat dengan kelab berkenaan.
Titah baginda, kerjasama tersebut secara tidak langsung memberi peluang kepada kelab itu untuk terus berkembang maju, sekali gus menjadikan JDT lebih dikenali di pentas dunia.
"Kerjasama ini memberi kami peluang untuk berkembang lagi dan mempromosikan nama JDT di sekeliling dunia, lagi-lagi dalam industri bola sepak.
"Jadi kami ada kelebihan yang mana ia akan memperkukuhkan dari segi kewangan dan promosi nama kami di peringkat antarabangsa...saya rasa ini satu 'deal' paling hebat sekali dalam industri sukan bola sepak negara," titah baginda pada sidang media di sini hari ini.
Turut hadir Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Socios Alexandre Dreyfus, Ketua Unit Komersial Kelab JDT Kevin Ramalingam dan Pengarah Teknikal Kelab JDT Alistair Edwards.
Penyokong JDT boleh mengakses melalui $JDT Fan Tokens di Socios.com, dengan Fan Tokens merupakan aset digital antaranya membolehkan penyokong terlibat dalam pertandingan, undian kelab dan akses kepada ganjaran termasuk barangan cenderahati kelab, tiket VIP dan sebagainya.
Lebih 170 organisasi sukan terkemuka seperti kelab ternama dari Eropah dan Amerika Latin, telah menjalinkan kerjasama dengan Socios.com untuk mencipta pengalaman dan peluang baharu kepada penyokong mereka, menerusi Fan Tokens.
-- BERNAMA
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment