NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hubungan Malaysia-UAE dipertingkat kepada perkongsian strategik

Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu bersetuju untuk meningkatkan tahap hubungan antara kedua-dua negara kepada perkongsian strategik setelah hubungan dua hala itu terjalin sejak awal 1970-an, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar PMO

ABU DHABI: Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersetuju untuk meningkatkan tahap hubungan antara kedua-dua negara kepada perkongsian strategik setelah hubungan dua hala itu terjalin sejak awal 1970-an.
Peningkatan taraf hubungan itu dicapai melalui pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Abu Dhabi pada Isnin.
Malah, Ismail Sabri menggambarkan suasana perbincangan ketika itu amat mesra dan “penuh kekeluargaan”.
“Perjumpaan berlangsung dengan suasana yang sangat mesra dan penuh kekeluargaan kerana UAE menganggap Malaysia sebagai keluarga.
“Ini kerana hubungan yang amat rapat antara Presiden UAE dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” kata Perdana Menteri dalam satu sidang media di Abu Dhabi pada Selasa.
Pengiktirafan perkongsian strategik itu juga berikutan hubungan perdagangan yang semakin kukuh antara kedua-dua negara, terutamanya apabila nilai dagangan Malaysia-UAE meningkat 90.4 peratus pada lapan bulan pertama 2022, iaitu sebanyak RM25.6 bilion.
Jumlah tersebut melebihi nilai keseluruhan pada tahun 2021 iaitu sebanyak RM22.29 bilion.
BERITA LANJUT MENYUSUL






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo