NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dos penggalak: Pakar kesihatan awam lihat keperluan program vaksinasi besar-besaran dilakukan semula

Profesor Madya Dr Malina Osman berharap program vaksinasi secara besar-besaran dilakukan sekali lagi di Malaysia bagi melindungi rakyat negara ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR : Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman berharap program vaksinasi secara besar-besaran dilakukan sekali lagi di Malaysia bagi melindungi rakyat negara ini.
Walaupun mengakui usaha itu sukar untuk dilakukan pada situasi sekarang, namun, menurutnya, perkara itu akan dapat membantu Malaysia keluar sepenuhnya daripada pandemik COVID-19.
"Saya mengharapkan sedemikian kalau diberi peluang, namun melihat keadaan tersebut agak sukar, sebab peluang dulu tidak dimanfaatkan sebaiknya, vaksin tidak dapat digunakan sebab luput tarikh dan kerajaan juga ada kekangan kewangan untuk menampungnya.
"Saya harap ia dapat dilaksanakan sebab kita rasa penting untuk keluar sepenuhnya dari kesusahan pandemik. Kita harap semua mendengar syor Kementerian Kesihatan untuk mencapai tahap kesihatan terbaik dan keluar dari pandemik," katanya kepada Astro AWANIpada Khamis.

Dalam pada itu, ibu bapa diingatkan agar tidak terpengaruh dengan sumber yang tidak tepat, sehingga enggan membawa anak-anak mereka untuk divaksinasi.
Sebaliknya, kata Dr Malina, mereka perlu mengikuti saranan Kementerian Kesihatan kerana vaksin adalah cara terbaik untuk mengelak jangkitan penyakit.
"Kalau kita tengok kefahaman ibu bapa, saya sukar untuk memberikan satu kesimpulan sebab ada variasi di situ, kefahaman dan sebagainya.
"Namun, saya melihat ramai yang mengikut-ikut maklumat yang disebarkan melalui WhatsApp, Youtube, atau media sosial tertentu yang menyentuh tentang vaksin walaupun ia tidak wujud.
"Saya nampak juga sebahagian ibu bapa ini dia (ambil) vaksin, (untuk) anak, dia cakap tak payahlah. Ada yang berpendapat macam itu. Kita perlu mendengar nasihat kementerian untuk mendapat vaksin tersebut," ujarnya.


Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo