NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bajet 2023: Bajet pertahanan perlu ditingkatkan 1.5 peratus daripada KDNK - PAT

Affendi berharap peruntukan itu dapat disediakan dalam Bajet 2023. - Gambar/ Bernama

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memerlukan sekurang-kurangnya 1.5 peratus peruntukan daripada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi memastikan kesiapsiagaan aset pertahanan pada tahap tertinggi.
Demikian jelas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang, yang berharap peruntukan itu dapat disediakan dalam Bajet 2023.

Ujarnya, ATM perlu sentiasa seiring dengan pasukan pertahanan negara jiran, meskipun peruntukan pertahanan mereka lebih tiga kali ganda daripada Malaysia.

"Bajet (yang ideal) kita dalam 1.5 peratus kadar KDNK negara kita, pada masa ini bajet yang diberi kepada kita berkisar pada satu peratus sahaja.
"Mengapa ini penting? Pertama adalah kalau kita lihat di negara serantau, saya nak bagi contoh Singapura, Indonesia dan Thailand, di mana kekuatan ekonomi mereka sama ada setara atau lebih kurang macam kita.
"Tapi kita boleh lihat keutamaan diberi kepada peruntukan pertahanan mereka adalah tinggi. Kita lihat Singapura, Thailand dan Indonesia lebih kurang tiga kali nilai perbelanjaan mereka (berbanding Malaysia) untuk pertahanan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perubatan Ketenteraan: Malaysia Military Medicine Conference 2022 (MMMC 22) anjuran ATM di Wisma Perwira ATM pada Selasa.
Mengulas lanjut, Affendi berkata, pihaknya menerusi koordinasi bersama Kementerian Pertahanan (Mindef) berharap perkara itu dapat diberi perhatian.
Mengulas lanjut, katanya peruntukan sedemikian akan membolehkan ATM mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara.
"Kita lihat keadaan geostrategik di Laut China Selatan, kita perlu pelaburan yang tinggi supaya kita dapat mempertahankan kedaulatan kita dan kepentingan kita.
"Pada akhirnya nanti, tidak ada orang lain menjaga (kedaulatan negara) kecuali kita sendiri," katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenai peruntukan tambahan yang diharapkan itu, kata Affendi lagi, industri pertahanan tempatan juga boleh dipacu menerusi perolehan itu.
Ujarnya, ketika ini industri itu semakin berkembang dan memerlukan sokongan dari sudut kewangan untuk jangka masa panjang iaitu menjadikan kos penyelenggaraan aset ketenteraan lebih efisien dan murah.
"Dari segi pelaburan, dalam konteks industri tempatan seperti mana-mana perniagaan sebelum membesar dia kena ada jumlah keuntungan tertentu sebelum berkembang.
"Kalau tak ada pembeli, perniagaan tak akan maju, jadi berdasarkan keperluan kita jumlah 1.5 peratus ini satu yang berpatutan dan kita mampu.
"Bukan sahaja akan memperkasa pertahanan negara malah dapat memacu sektor pertahanan tempatan," katanya lagi.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo