NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar gesa PM bawa usul khas tangani kenaikan harga barang, kejatuhan mata wang negara di Parlimen

Anwar mencadangkan agar kerajaan membawa usul khas berhubung permasalah tersebut pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat yang akan diadakan pada Oktober nanti. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengambil tindakan segera untuk menengani krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan mata wang negara, kata Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu kenyataan, Anwar menjelaskan kenaikan harga barang dan kejatuhan mata wang negara perlu ditangani dengan segera kerana ia menjejaskan kehidupan rakyat.
Bagi mengatasi masalah itu, Anwar mencadangkan agar kerajaan membawa usul khas berhubung permasalah tersebut pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat yang akan diadakan mulai 3 Oktober nanti.
"Justeru, saya mencadangkan sama ada kerajaan untuk membawa usul khas terkait permasalahan ini atau memberi laluan kepada saya selaku Ketua Pembangkang untuk mengemukakannya.

"Saya turut mencadangkan agar permasalahan ini diberi keutamaan untuk dibahaskan dalam minggu pertama sidang parlimen yang akan bermula 3 Oktober depan," katanya.
Anwar menjelaskan gesaan itu dibuat menerusi sepucuk surat kepada Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat.

Sumber | Astro Awani

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo