NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adi Putra dan UMNO bukan Mat Kilau

Pemuda UMNO umumkan Mat Kilau akan bantu kempen umno PRU 15. 

Filem yang dikatakan mengutip kutipan melebihi 100 juta, ditonton oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik. Berduyun khususnya masyarakat Melayu ke pangung wayang untuk memberikan sokongan terhadap filem ini.
Filem yang menampil Adi Putra sebagai Mat Kilau seorang pahlawan Melayu Negeri Pahang. Filem yang sarat dengan adegan kepahlawanan, elemen keagamaan dan perjuangan mempertahankan agama dan tanah air.

Diatas asas itulah filem ini ditonton oleh semua masyarakat tanpa mengira fahaman politik. Bukan umno sahaja yang menonton malahan semua tanpa mengira fahaman politik menonton dan memberikan sokongan pada filem Mat Kilau.
Kalau harapkan umno sahaja yang menonton tak mungkin boleh sampai ke tahap itu. Malahan orang umno pun ramai yang tak menonton dan berikan sokongan pada filem ini. Cuma umno nak ambil kesempatan menumpang populariti filem dan pemegang watak utamanya  untuk meraih sokongan di pru 15 nanti.

Barangkali Adi Putra pun tak sedar dia sedang diperalatkan umno, tak sedar bahawa bukan semua orang umno sokong filem ini, umno tak pandang pun lakonan Adi Putra sebelum ini. Kebetulan filem ini meledak, kalau tidak jangan harap umno nak pandang Adi Putra. 

Sewaktu Adi Putra muncul sebagai Jai dalam KL gangster, umno tak pandang pun, begitu juga dengan watak2 lain yang pernah dilakonkan, tiba-tiba bila Mat Kilau pecah panggung, umno pun angkat Adi Putra jadi ikon, yang tersiratnya umno nak bagitau pada pengundi bahawa Mat Kilau sokong umno.

Ketokohan Allahyarham Mat Kilau sebagai pejuang agama, negeri dan bangsa dijadikan bahan kempen umno, walaupun dengan menggunakan 'Mat Kilau palsu' sedangkan sewaktu zaman Allahyarham Mat Kilau umno belum wujud lagi.

Hakikatnya orang umno sekarang ni adalah penentang perjuangan Allahyarham Mat Kilau. Kata Mat Kilau "jangan sampai bangsaku tiada negeri". Nak jaga negeri kena jaga agama, hanya dengan kekuatan agama akan melahirkan kekuatan jiwa untuk mempertahankan agama dan negeri, kalau tiada pegangan agama, maka berlakulah rasuah, judi, maksiat dan perkara-perkara yang meruntuhkan negeri. Ini gejala yang sedang meruntuhkan umno pada ketika ini.

Umno dah hilang arah tuju, penyakit korupsi dah membusuk susah untuk diubati, bertahan supaya tidak terpotong kaki atau mati, maka dicarilah serapah yang mungkin boleh bertahan, diseru sekian yang boleh membantu, datanglah sosok Mat Kilau yang bukan Allahyarham Mat Kilau, diangkat menjadi ikon agar orang melihat umno yang mudah silau itu sebagai Mat Kilau.

Umno merosakkan nama dan perjuangan Mat Kilau šŸ˜”šŸ˜”šŸ˜”

Harapnya Adi Putra pun jangan mudah tersilau dengan pancaran politik palsu umno.

Anak Jerantut
29 september 2022.

Admin :Mat Kilau "Jaga Agama, Jaga Keluarga, Jaga Negara. Jangan Sampai Bangsaku Tiada Negara."

Sumber FB : Cer Citer Sikit

#CerCiterSkit
#TolakRasuah
#TolakFitnah
#TolakSalahLaku
#MenujuMalaysiaSejahtera
#KamiPecintaKerajaanBerintergriti

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo