NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

4 terbunuh, puluhan cedera serbuan Israel di Tebing Barat

Penduduk Palestin berlari ketika pertempuran dengan tentera Israel di bandar Jenin hari ini. - Foto AFP

BAITULMAQDIS: Sekurang-kurangnya empat lelaki Palestin terbunuh, manakala 44 lagi cedera dalam serbuan tentera Israel dan pertempuran hebat di Jenin pagi tadi, kata pegawai Palestin.

Ia salah satu serangan terburuk di Tebing Barat tahun ini dengan lebih 100 rakyat Palestin terbunuh.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF), berkata serbuan itu berkaitan dengan serangan di Tel Aviv pada April lalu yang menyebabkan tiga rakyat Israel terbunuh dan suspek bertindak balas menggunakan bahan letupan dan tembakan. 

IDF dalam satu kenyataan berkata, tenteranya memasuki Kem Pelarian Jenin untuk menahan dua suspek yang dipercayai terbabit dalam beberapa serangan tembakan baru-baru ini.

"Ketika mengelilingi kediaman yang mana kedua-dua suspek dikenal pasti berada di situ, bahan letupan meletup dan suspek melepaskan tembakan ke arah anggota pasukan keselamatan.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo