JOHOR BAHRU: Seorang pesara kerugian RM1.8 juta selepas wang simpanannya itu lesap akibat terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian melalui kaedah penghantaran barang, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid, berkata warga emas lelaki berusia 67 tahun itu mendakwa berkenalan dengan seorang wanita warga Brazil menerusi laman sosial Facebook (FB).
"Mangsa adalah pesara syarikat swasta dan menyatakan dia mengenali seorang wanita yang mendakwa adalah warga Brazil dan bekerja sebagai doktor di United Kingdom melalui aplikasi mesej FB, pada Mei lalu.
"Mereka dikatakan berkenalan kira-kira dua minggu sebelum wanita itu berjanji untuk mengirimkan barangan dan wang tunai berjumlah ASD2.8 juta (lebih RM12.5 juta) kepada mangsa.
"Namun, pada 13 Jun lalu, seorang wanita lain yang mengaku sebagai ejen penghantaran barang menghubungi mangsa dan meminta mangsa membuat bayaran servis penghantaran bagi barangan dan wang tunai yang dijanjikan suspek," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Rupiah berkata, mangsa warga tempatan itu kemudian melakukan 11 transaksi pemindahan wang dalam talian ke beberapa akaun bank yang diberikan oleh ejen penghantaran itu membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM1,871,540.
Beliau berkata, mangsa hanya menyedari ditipu apabila tidak menerima barangan dan wang tunai yang dijanjikan suspek sehingga kini, selain wanita yang mendakwa ejen penghantaran itu gagal dihubungi.
Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis, semalam, memaklumkan kejadian yang menimpanya dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sumber | BH Online
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment