NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Taklimat Khas Presiden UMNO untuk terangkan keadaan, tenangkan ahli parti - Saarani

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana Taklimat Presiden sering diadakan setiap tahun. - Gambar fail/BERNAMA

PADANG RENGAS: Taklimat Khas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu ini adalah bertujuan menerangkan keadaan yang berlaku dan menenangkan ahli-ahli parti.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana Taklimat Presiden sering diadakan setiap tahun.
"Tetapi oleh kerana baru-baru ni bekas Presiden, seperti kita maklum, Datuk Seri Najib Tun Razak (dipenjara). Oleh kerana itu dilihat ada keperluan untuk Presiden berjumpa dengan kepimpinan dan juga ahli-ahli untuk menerangkan, menenangkan supaya semua orang faham apa yang telah berlaku dan yang paling penting ia tidak akan merosakkan perpaduan dalam UMNO.
"Yang paling penting, lagi ramai orang datang, lagi baik kerana pertama dapat mendengar taklimat daripada presiden parti dan yang kedua, dengan pertemuan itu dapat mengelakkan sebarang prasangka dan dapat mengukuhkan perpaduan di kalangan ahli," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Penghijauan Malaysia: Menteri Besar bersama pelajar negeri Perak di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar, pada Jumaat.
Pada Rabu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam ciapan di laman media sosial Twitter berkata, Ahmad Zahid Hamidi dijangka menyampaikan Taklimat Khas Presiden, Sabtu ini.
Berdasarkan ciapan, taklimat yang bakal diadakan di Dewan Merdeka World Trade Centre (WTC) itu berkisar mengenai isu semasa dan terkini.
Dalam pada itu, Saarani berkata, soal tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) cepat atau lambat tidak penting.
Sebaliknya, kata beliau, apa yang paling penting ialah ‘timing’ dan beliau yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tahu masa yang sesuai untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo