NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peminat minat beli saham TRW bernilai RM3 juta

Hantaran pemilik TRW, Norizam Tukiman menerusi akaun Facebok miliknya. - Foto ihsan FB Zamsaham.

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mendedahkan pihaknya menerima permohonan daripada peminat setia pasukan itu yang berminat membeli lima peratus saham The Red Warriors (TRW) dengan nilai RM3 juta.

Menerusi ciapan pada akaun Facebook miliknya, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menjelaskan beliau akan mengumumkan perkara itu sekiranya ia dapat dimuktamadkan nanti.


"Terima surat permohonan dari fans (penyokong) setia bola Kelantan FC berminat nak beli 5 peratus saham TRW Kelantan FC pada harga RM3,000,000. Insya-Allah, kalau jadi saya akan umumkan," tulisnya.


Kelantan menunjukkan prestasi cemerlang musim ini dan sedang memimpin carta Liga Perdana dengan mengumpul 35 mata selepas 15 perlawanan, lima mata mendahului Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di tangga kedua yang kekurangan satu perlawanan.

Persembahan terbaik dipamerkan anak buah Rezal Zambery Yahya itu juga dilihat berjaya menarik kembali sokongan peminat TRW dengan ribuan penonton sentiasa membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV musim ini apabila ada perlawanan membabitkan pasukan mereka.

Menerusi ruangan komen, Zamsaham menjangkakan nilai pasukan Kelantan akan semakin naik jika kelab itu dapat membuka padang latihan di setiap jajahan negeri terbabit.

"Insya-Allah valuation (nilai) TRW Kelantan FC akan semakin naik jika dapat buka padang latihan di setiap jajahan negeri Kelantan yang seterusnya baik untuk ubi-ubi (pemain) muda.

"TRW Int Football academy juga akan menjadi platform terbaru memperkuatkan ekosistem. Saya juga plan nak buka lebih banyak TRW Shop," katanya.


Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo