NAJIB tiba di Mahkamah Persekutuan Putrajaya bagi sesi perbicaraan rayuan terakhir membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC). FOTO Mohd Fadli Hamzah |
Putrajaya: Peguam bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengemukakan permohonan untuk menangguhkan rayuan di Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini.
Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Najib mengemukakan permohonan untuk menangguhkan rayuan itu walaupun mahkamah yang sama sudah menolak permohonan itu sebelum ini.
Menurutnya, jika permohonan itu tidak dibenarkan dia mahu menarik diri berikutan tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan.
Panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bagaimanapun menolak permohonan itu dan meminta beliau meneruskan prosiding rayuan itu.
Beliau berkata, mahkamah pada Selasa sudah mendengar permohonan itu dan sudah menolaknya.
Hisyam: Yang Arif, saya sekali lagi mengemukakan permohonan untuk menangguhkan rayuan ini. Saya tidak bersedia untuk meneruskan rayuan ini. Saya membuat kesilapan ketika menerima kes ini pada 21 Julai lalu. Oleh itu saya minta sekali lagi penangguhan bagi menyemak semula keputusan (menolak permohonan penangguhan) sebelum ini. Sekiranya mahkamah ini tidak bersetuju dengan permohonan ini maka saya tiada pilihan tetapi memohon untuk menarik diri. Perkara ini amat menyedihkan saya kerana sepanjang 45 tahun saya menjadi peguam ini kali pertama saya berbuat begini.
Tengku Maimun: Kita sudah mendengar permohonan ini Selasa lalu dan sudah menolaknya. Anda tahu apa kesan kepada anak guam anda? Adakah anda mahu meneruskannya? Adakah anda tahu sebagai mahkamah tertinggi, ia mempunyai kuasa untuk memastikan bahawa operasi mahkamah dan sistem keadilan berjalan dengan sewajarnya?
Hisyam: Saya sedar perkara tersebut. Saya serahkan segalanya kepada mahkamah.
Tengku Maimun: Sehingga kini, kamu masih peguam perayu dalam rekod mahkamah ini. Kamu tidak boleh meninggalkan anak guam kamu dengan tidak diwakili. Kami yakin kamu boleh mengendalikan rayuan ini.
Hisyam: Saya sedar Yang Arif namun saya tidak dapat meneruskannya kerana tidak bersedia.
Tengku Maimun: Jadi apa yang berlaku kepada rayuan ini?
Hisyam: Saya tidak tahu apa lagi hendak dikatakan.
Prosiding mahkamah ditangguhkan sebentar berikutan permohonan itu.
Sumber | Harian Metro
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment