NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KPM akan umum data pelajar lepasan SPM tidak lanjutkan pelajaran

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata ketika ini kementeriannya sedang mengumpulkan rekod dan data baharu mengenai hala tuju pelajar berkenaan selepas tamat menduduki peperiksaan tersebut. - Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengumumkan data sebenar jumlah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak melanjutkan pelajaran dalam tempoh terdekat.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata ketika ini kementeriannya sedang mengumpulkan rekod dan data baharu mengenai hala tuju pelajar berkenaan selepas tamat menduduki peperiksaan tersebut.
"KPM akan perincikan data-data (pelajar), kita akan kongsikan data ini dalam masa terdekat dan kita akan terangkan (ke mana pelajar) berdasarkan data yang kita dapat," katanya kepada pemberita selepas program Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan-Guru Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Tah Nia Jaman.
Baru-baru ini media melaporkan kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus lepasan SPM membuat keputusan untuk tidak menyambung pelajaran mereka.
RADZI-SPM 2 (AKHIR) KOTA KINABALU
Mengulas angka dilaporkan itu, Radzi berkata kajian itu dibuat tidak menyeluruh dan merekodkan 'ex cohort' atau tidak mempunyai situasi sama misalnya generasi lepas yang kini berusia 70 hingga 80 tahun mempunyai sebab berbeza tidak melanjutkan pelajaran berbanding generasi muda masa kini.
"Sebab itu kita kena lihat secara lebih mendalam. Saya tidak mahu mengulas mengenai 72 peratus, biar kita jelaskan hal itu berdasarkan data yang kita dapat mengenai pelajar yang menamatkan SPM," katanya.
Dalam pada itu, Radzi berkata kementeriannya sentiasa bekerjasama dengan agensi lain dalam usaha membantu pelajar yang mengalami kesukaran untuk ke sekolah di Sabah.
Beliau berkata sekiranya perkara itu melibatkan isu infrastruktur, KPM akan mencari pendekatan untuk membantu pelajar berkenaan supaya mendapat akses pendidikan yang terbaik.
Mengenai program itu, Radzi berkata ia adalah usaha transformasi KPM untuk menyampaikan mesej secara menyeluruh dalam ekosistem pendidikan supaya dapat melihat arah pembangunan sistem pendidikan negara.
Beliau berkata pada program bersama kira-kira 1,000 warga pendidik itu, banyak perkara yang disampaikan tentang aspek pendidikan yang telah dan akan dilaksanakan selain memberi ruang kepada guru untuk menyampaikan pandangan serta cadangan masing-masing bagi penambahbaikan sistem pendidikan.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo