Imam masjidil Haram bukan sekadar di tarik tauliah, bahkan di penjara.Kalau sekadar di tarik tauliah, rasanya terlalu kecil di jalan dakwah ini, tapi apabila menegur pemetrintah kerajaan arab Saudi menjadikan negara yang liberal dan membuka kelab kelab malam menjadi ancaman kepada kerajaan Arab Saudi.
Nama Sheikh Saleh Al-Talib sedang popular dan trending di mana-mana media sosial sekarang ini.Persoalannya, siapakah Sheikh Saleh Al-Talib? Beliau sebenarnya merupakan bekas imam Masjidil Haram di Makkah.
Apa terjadi pada beliau? Sheikh Saleh Al-Talib telah ditangkap oleh Kerajaan Arab Saudi dan dikenakan hukuman penjara 10 tahun.Sheikh Saleh Al-Talib tidak melakukan apa apa kesalahan jenayah . Beliau cuma menegur pemerintah Saudi yang mula menerapkan unsur-unsur liberalism dalam pemerintah negara itu.
Salah satu faktor yang paling ditentang Sheikh Saleh Al-Talib adalah Saudi menghalalkan pergaulan lelaki dan perempuan di tempat awam. Selain itu, beliau juga menentang keputusan kerajaan Saudi yang membuka kelab malam yang dikatakan "halal".
Jadi, dalam satu khutbah Jumaat yang disampaikan beliau pada tahun 2018, beliau telah menegur pemerintahan Saudi secara tidak langsung berkaitan perkara itu.Kesannya, Sheikh Saleh Al-Talib ditahan dan dipenjarakan selama 10 tahun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut dipecat sebagai imam Masjidil Haram.Kesalahan yang diletakkan pada Sheikh Saleh Al-Talib adalah mengkritik kerajaan Saudi.
Beberapa hari lepas, kes Sheikh Saleh Al-Talib dibicarakan semula. Malangnya, kerajaan Saudi kekalkan hukuman penjara 10 tahun kepada Sheikh Saleh Al-Talib.Apabila kuasa politik tidak berada di tangan orang yang beriman, maka mereka menggunakan kuasa politik itu utk menangkap dan memenjatakan orang yang beriman. Sebab itulah umat Islam mestilah menguasai politik Islam ini agar tampuk kuasa itu berada di tangan orang yang ada agama. Noktah!
No comments
Post a Comment