NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

FORMULA JANGAN TAMAK DAN RAKUS


Masihkah ada yang keliru dengan pendirian PAS?  Kekal bersama PN, Bersedia mengukuhkan MN dan menolak PH. Pendirian ini bukan hanya strategi politik tetapi lebih kepada perteguhkan prinsip. 


Apa prinsip PAS. ? Pertahankan kepentingan islam dan menyatukan bangsa Melayu serta bekerjasama dengan bangsa lain yang tidak ekstreme demi kesejahteraan negara.


Pendirian ini bukan hanya membingungkan orang diluar PAS tetapi juga tidak kurang ahli PAS yang keliru. Terkecuali mereka yang sentiasa mengikuti program dalaman yang menjadi teras kekuatan ahli PAS. 


Atas prinsip pertahankan kepentingan Islam, PAS menolak sebarang hubungan dan kerjasama dengan PH khasnya DAP. Pengalaman bersama DAP dalam PR dan kerakusan DAP selama 22 bulan cukup menyedarkan PAS. Ia pengalaman yang mungkin belum di fahami oleh Bersatu dan tidak di mengerti oleh UMNO. Tidak pelik kedengaran teori "khemah besar" dalam PN dan "jajaran Baru" dari BN ditolak mentah mentah oleh PAS. 


Kerjasama PAS dengan Bersatu adalah di atas prinsip penyatuan ummah, malangnya sengketa Umno dan Bersatu sukar dipadamkan malah kian marak dengan pertukaran MB di Perak dan PM. Usaha itu pernah berjaya dengan tujuan menyelamatkan Malaysia dan menjatuhkan PH. Namun apabila saling berkuasa kerakusan melupakan realiti dan sejarah lampau.


PAS konsisten untuk penyatuan dan menghalang PH . Di Selangor dan Penang PAS dilihat cenderung bersama UMNO biarpun siang malam umno menyerang PAS di Trengganu dan Kelantan. Begitu juga "beberapa pimpinan umno" yang sedang mencari talian hayat.


Di Perak PAS dilihat lebih dekat dengan Bersatu khasnya selepas beberapa insiden sehingga dan kesan pertukaran MB Perak. Di Kedah perang mulut tak berakhir antara PAS dan Umno.Begitu juga di Pahang yang suatu ketika dilihat lunak bersama umno atas Muafakat Nasional.


Bagi yang mengikuti dan memahami prinsip PAS dan sentiasa mendampingi program tarbiah dan penerangan PAS, mereka sangat faham dan jelas apa yang sedang PAS lakukan. Walaupun ada bekas pimpinan PAS sendiri keliru mungkin kerana sibuk mentarbiah hingga lupa di tarbiah. Termasuk kerana kepentingan peribadi.


Biar pun sukar, PAS terus mengusahakan penyatuan ummah. Bersama UMNO selagi ada ruang toleransi tanpa sikap abang besar. Begitu juga kekal bersama Bersatu di samping mempertahankan lubuk dan kerusi kekuatan PAS agar tidak rakus. 


Di atas prinsip pertahankan kedaulatan agama dan bangsa melalui penyatuan ummah, PAS mengajak agar yang memberi tidak kedekut, meminta tidak tamak. Mengukur kekuatan  untuk saling membantu. Tidak mengambil kesempatan ketika di bantu.


PRU 15 akan saksikan keikhlasan dalam perjuangan atau mengambil kesempatan dari perjuangan.


FHOAS

IPOH

180822






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo