NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bayi Mira Filzah positif Covid-19

Kuala Lumpur: Pelakon Mira Filzah berkongsi saat cemas apabila bayi lelakinya, Wan Khair Amir berusia tiga bulan disahkan positif Covid-19 dua minggu lalu.

Mira berkata, dia mengaku hilang punca dan menangis sebaik mengetahui bayinya itu dijangkiti virus berbahaya terbabit.

"Saya tergerak hati untuk membuat ujian saringan ke atas Amir selepas melihat kesukarannya untuk bernafas dan matanya berair. Selalunya bayi yang masih kecil jarang berdepan dengan situasi sebegitu.

"Kebetulan sebelum ini keluarga saya turut disahkan positif Covid-19. Enggan mengambil risiko saya terus membuat pemeriksaan dan ternyata Amir juga positif Covid-19.

"Sebagai ibu saya tak sanggup melihat keadaan Amir ketika menjalani ujian saringan. Kita yang dewasa pun rasa sakit bila hidung kita dijolok, inikan pula bayi berusia tiga bulan," katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta jenama makanan, Secret Recipe di Ara Damansara, di sini, hari ini.

Meskipun melalui ujian dan pengalaman yang mendebarkan, pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini reda dan menyifatkan situasi itu adalah norma baharu yang dihadapi oleh sesiapa saja.

"Saya percaya kalau bukan sekarang mungkin pada masa akan datang Amir akan terkena juga jangkitan virus ini. "Alhamdulillah Amir tidak mengalami simptom yang teruk dan hanya perlu menjalani kuarantin di rumah saja," kata Mira yang turut dijangkiti Covid-19 selepas anaknya kembali pulih.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman selamat bergelar ibu pada 10 Mei lalu selepas mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada 3 September 2020.

Sumber | HM

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo