NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse ditahan polis

Polis menahan pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang wanita didakwa menghina agama Islam dalam satu persembahan komedi yang tular baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Polis menahan pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang wanita didakwa menghina agama Islam dalam satu persembahan komedi yang tular baru-baru ini.
Memetik laporan Malaysiakini, peguam Rizal, Ramkarpal Singh berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ketika hadir untuk memberikan keterangannya.
Menurut Ramkarpal, Rizal memberikan keterangan kepada pihak berkuasa selama dua hingga tiga jam sebelum dia kemudian ditahan.
Rizal dijangka dihadapkan ke mahkamah kira-kira jam 10 pagi esok (Jumaat) bagi mendapatkan kebenaran menahan reman agar siasatan lebih lanjut dapat dijalankan polis.
Difahamkan, penahanan ke atas lelaki tersebut dibuat susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.
Sementara itu, pihak Bukit Aman dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
Terdahulu, tular video berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita berpakaian sopan menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan stand up comedy (komedi solo) di sebuah kelab di TTDI, Kuala Lumpur.
Susulan insiden berkenaan, wanita berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada 9 Julai lalu manakala teman lelakinya turut ditahan pada 10 Julai lepas.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo