NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Itu kenyataan biasa daripada Rafizi, tiada masalah - Anwar

Tegas Anwar, perkara lebih penting adalah Rafizi setuju bersama pasukan PKR dan beri sokongan kepada parti.

SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tiada masalah dengan kenyataan dianggap kontroversi dikeluarkan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Menurutnya, mengenali Rafizi selama ini, Anwar berkata bekas Ahli Parlimen Pandan itu sudah biasa dengan kenyataan yang 'menyinggung' orang lain dan beliau tidak melihat ia sebagai masalah besar.
Namun, tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu, perkara lebih penting adalah Rafizi setuju bersama pasukan PKR dan beri sokongan kepada parti.
"Jadi kita hidup dalam satu budaya politik berbeza, jangan samakan dengan parti lain. Tidak ada unsur feudal, dan saya lapang dada di dalam dan di luar mesyuarat.
"Kalau kita lihat dalam konteks itu, saya tidak fikir ini masalah dalam parti, termasuk singgungan Rafizi. Itu biasa.
"Tapi kalau lihat budaya UMNO, itu masalah besar... pelanggaran disiplin dan sebagainya. Tapi kita bukan UMNO.
"Dulu saya tahu dalam UMNO kalau singgung presiden, terus bawa usul pemecatan. Tapi kita bukan UMNO," katanya pada sidang media selepas tamat hari kedua Kongres Keadilan Ke-16 di sini pada Sabtu.
Tambah Anwar, budaya PKR lebih terbuka.
"Cuma, harus dewasa… harus dewasa dan matang kerana kita berdepan dengan masalah baharu, masalah segera, terutama (berkenaan) menghadapi PRU sebagai satu pasukan," ujarnya.
Terdahulu Astro AWANI melaporkan Rafizi menasihatkan semua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk kepimpinan baharu dinasihatkan tidak terlalu 'membodek' atau mempertahankan Anwar.
Menurutnya, Anwar 'tidak perlu dilindungi' namun yang menjadi masalah adalah apabila orang di sekeliling beliau sering berasakan perlu membela Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo