NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Indonesia harap perbincangan Kementerian Sumber Manusia, KDN bawa hasil positif

Judha Nugraha berkata selain menunggu penjelasan, pihaknya juga berharap Malaysia terus komited untuk memastikan Sistem Maid Online (SMO) tidak lagi digunakan. - Gambar fail/kemlu.go.id

JAKARTA: Kementerian Luar Indonesia berharap perbincangan antara dua kementerian di Malaysia yang bertanggungjawab dengan kemasukan pekerja Indonesia membuahkan hasil positif.
Pengarah perlindungan warga negara Indonesia di kementerian itu, Judha Nugraha berkata selain menunggu penjelasan, pihaknya juga berharap Malaysia terus komited untuk memastikan Sistem Maid Online (SMO) tidak lagi digunakan.
Indonesia menghentikan penghantaran pekerja mulai Selasa buat sementara waktu setelah mendakwa menemukan bukti mekanisma SMO masih diterapkan untuk pengambilan pekhidmat domestik Indonesia (PDI).
Susulan itu, Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan pihaknya akan segera mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menangani isu-isu berkaitan kemasukan pekerja dari Indonesia.
"Sistem SMO ini adalah mekanisme pengambilan yang di luar kesepakatan memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia pada 1 April lalu," katanya dalam taklimat mingguan kementerian di sini hari ini.
Fasal 3 dan juga Appendix C MoU itu menetapkan penempatan PDI dari Indonesia ke Malaysia hendaklah melalui 'One Channel System' agar lebih teratur terutama dari aspek gaji.
-- BERNAMA





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo