NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anak ahli politik dipenjara kerana lupus barang curi


KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang juga anak kepada ahli politik di Sabah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM3,000 selepas mengaku bersalah menjual seutas jam tangan mewah yang dicuri ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Tertuduh, Datu Anwar Datu Amirkahar, 43, juga berdepan tambahan enam bulan penjara jika gagal membayar denda yang diperintahkan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Mengikut pertuduhan, Datu Anwar didakwa dengan sengaja melupuskan seutas jam tangan Rolex White milik ibunya di sebuah kedai di Sinsuran, di sini, jam 2.30 petang, pada 29 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana melupuskan harta curi yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pengadu yang juga ibu tertuduh mendakwa barang yang diletakkan di dalam peti besi rumahnya di Sutera Residency, hilang ketika diperiksanya pada jam 6 petang, 3 Jun lalu.

Berikutan itu, siasatan lanjut dilakukan dan tertuduh dipercayai sudah menjual jam tangan berkenaan di sebuah kedai emas di Sinsuran pada harga RM9,000.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Polis Inspektor Albert Basiri, manakala tertuduh yang bekerja sebagai pemandu e-hailing tidak diwakili peguam.


Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo