NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid makin tertekan dek pergaduhan dalam UMNO memuncak


Zahid makin tertekan. Bagi dirinya, perangkap dia dan Najib gunakan kuasa dalam umno akan memudahkan perancangan mereka untuk acara melepaskan diri.

Semua tidak perasan apa Zahid Najib buat. Objektif adalah mahu cepatkan pru. Untuk ke arah itu mereka berdua berjanji merata dengan pelbagai orang untuk jadikan calon Pru supaya gelombang menyokong mereka untuk cepatkan pru terhasil dari dalam umno.

Sebab itu mereka sanggup bubarkan dun Johor walau tiada masalah mandat. Ianya bertujuan mencipta momentum kononnya supaya dapat menekan seluruh umno untuk pru atas alasan momentum menang di Johor masih panas.

Seterusnya menguasai keputusan MKT untuk akur termasuk PM9.Tambahan pencacai setia iaitu Mohamad Hasan mula menyusun strategi pru supaya semua rasa mereka bersedia, penting dan membuktikan mereka serius.

Walhal kuasa membubar bukannya di tangan MKT. Tetapi atas nasihat seorang PM kepada YDPA dan perlu mendapat perkenan baginda Tuanku. Zahid dan Najib sedar nyawa politik mereka dalam bahaya. Pintu penjara makin dekat.

Namun bukan semua suka dan takut dengan Zahid. Malah ramai dalam kalangan pemimpin umno menganggap Zahid dan Najib sudah gila. Maka pergaduhan bermula. Ismail mangsa utama untuk ditekan Zahid Najib. Namun pada masa yang sama kem Ismail muka menyerang kembali. Mereka tidak kisah kuasa Zahid walaupun kuasa beri watikah calon.

Ini kerana mereka hilang hormat. Lebih baik mereka dari zahid Najib yang di belakang berpakat dengan Anwar dan Dap dengan membelakangkan seluruh umno. Bagi golongan ini, Zahid dan Najib sedang gunakan pengaruh dan kuasa mereka untuk benamkan semua seteru mereka.

Mereka yang menentang Zahid Najib adalah orang yang sayangkan parti. Bagi mereka sepatutnya ambil peluang yang ada santuni rakyat, beli kembali keyakinan rakyat, serik dan insaf dan tunjukkan bahawa umno sudah berubah. Tetapi Zahid dan Najib menjadikan umno lebih teruk dan busuk serta makin melampau sombong dan bongkak.

Apa dibuat Zahid Najjb adalah liabiliti kepada Umno. Dan tidak mustahil jika menang Zahid akan umumkan dia mahu jadi Pm kerana dia presiden. Waktu itu siapa mampu menghalang jika dia cukup sokongan. Untuk ajar Zahid Najib mudah sahaja.

Semua berpakat kalahkan umno lagi kali ini supaya umno mampu uruskan parti dan tendang keluar liabiliti ini je dalam penjara. Betulkan umno dan susun semula dengan lebih kemas dan kembali kuat di pru 16. 5 tahun masa yang cukup untuk perbaiki imej.

Setelah siap, gabung semua parti melayu sebagai liga parti melayu terbesar Malaysia buat kali pertama. Kemudian berkongsi kuasa maka sampai bila2 pun parti liberal tidak akan menang.
Yang masalah sekarang umno dipimpin penyangak penyamun dan perasan mereka mampu takluki malaysia hanya dengan wang. Tetapi sikap mereka tidak berunah sejak dahulu. Kerja mereka hanya bodohkan penyokong sampai tahap seluruh umno dijadikan perisai mereka.

Bagi Zahid Najib semua rakyat adalah bodoh untuk ikut mereka seperti macai yang akal pendek sentiasa buktikan. Kau yang cerdik pandai pergi ikut cakap si penyamun penyangak yi dah kenapa? Pastu kau marah org gelar kau bodoh. Dah memang bodohlah tu.

Ingat umno, ingat bodoh. Jauhi umno.

Pak Lang Mat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=446729580787172&id=100063504004406







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo