Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diminta menyelesaikan segera masalah sampah yang melimpah keluar dari tong yang disediakan oleh mereka.
Menurut penduduk Kuala Terengganu, sudah beberapa hari sampah tidak dikutip dan memberikan pandangan yang tidak baik dan berbau busuk.
Mereka mempersoalkan, apakah tindakan tidak mengutip sampah ini satu tindakan untuk memalukan kerajaan negeri iaitu sabotaj atau ia satu ketidakcekapan pengurusan MBKT.
“Ni nak malukan kerajaan negeri ke dok cekap,” tanya Mohamad Jusoh, salah seorang penduduk Pengadang Baru yang menerima kesan dari sampah yang berlonggok di tempat buangan sampah itu.
Sehubungan itu, beliau meminta MBKT mengambil tindakan segera mengambil sampah itu sebelum lebih ramai penduduk yang membuat aduan mengenainya.
“Komanlah, kenapa biar berlonggok begitu. Ni dah lebih tiga hari ni dok kutip, sebab itu jadi macam tu,” kata Ramlah Awang, seorang ahli kariah Masjid Jamek Pengadang Baru yang tidak tahan dengan pandangan buruk dan bau busuk dari sampah itu.
Sampah bukan sahaja di sekitar Masjid Pengadang Baru tetapi juga sekitar jalan ke Gelugor dan juga Wakaf Mempelam.
“Saya minta MBKT bertindak segera,” kata Ramlah yang tidak mahu masalah sampah ini menjadi semakin buruk dan memberikan nama burok pula kepada kerajaan negeri di bawah Pas.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment